China rumitkan hubungan AS dengan Korea Utara, kata Trump 


Presiden AS Donald Trump tetap menegaskan hubungannya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un "sangat baik". – Gambar EPA, 30 Ogos, 2018

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu menuduh China merumitkan hubungan Washington dengan Korea Utara dengan memberi baantuan ekonmi kepada sekutunya, ketika rundingan nuklear masih tertangguh.  

Namun beliau menegaskan hubungannya dengan Kom Jong Un masih kekal “sangat baik” dan beliau tidak mempertimbangkan untuk meneruskan latihan ketenteraan di Semenanjung Korea yang disifatkan Pyongyang sebagai “provokasi”.

Trump enggan melemparkan kritikan kepada Kim, sebaliknya menyalahkan pihak lain berikutan kekurangan kemajuan yang berlaku walaupun laporan Amerika menerima surat dari Pyongyang, yang menyebabkan Setiausaha Negara Mike Pompeo membatalkan perjalanan ke Korea Utara hujung minggu lalu.

“China menjadikannya lebih rumit dalam hubungan kami dengan Korea Utara.” kata Trump di Rumah Putih, walaupun beliau menegaskan hubungannya dengan Presiden China Xi Jinping “sangat baik”.

Beliau turut menyatakan mempunyai “hubungan yang hebat” dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang ditemuinya di Singapura pada Jun. 

“Sebahagian daripada masalah dengan Korea Utara adalah berpunca dari pertikaian perdagangan dengan China,” kata Trump. 

Beijin merupakan satu-satunya sekutu kuat Pyongyang, yang merupakan transit utama bagi barangan yang memasuki Korea Utara. Trump berkata China berang dengan tindakan AS berhubung perdagangan.

“Kita tahu yang China menyalurkan bantuan kepada Korea Utara, termasuk wang, minyak, baja dan pelbagai komoditi. Ini tidak membantu!” katanya melalui Twitter pada Rabu. – AFP, 30 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen