Anggota polis terbunuh dalam serangan roket


Pergolakan di kawasan timur Qatif berlarutan sejak 2011 apabila penduduk Syiah memberontak dan mahukan kesamarataan kerana sering merasa terpinggir.– Gambar EPA, 31 Julai, 2017.

SEORANG anggota polis Arab Saudi terbunuh manakala enam lagi cedera dalam serangan roket di kawasan majoriti Syiah, daerah timur Qatif, kata kementerian dalam negeri.

Kawasan terbabit bergolak sejak 2011 apabila puak Syiah memberontak dan mahukan kesamarataan di negara teluk yang didominasi Sunni itu.

Dalam insiden berlaku pada Ahad itu menyaksikan serangan roket pengganas ke atas polis peronda di kejiranan al-Masoura di Qatif, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, enam anggota polis cedera menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Qatif turut menyaksikan beberapa siri serangan ke atas pasukan keselamatan sejak beberapa minggu lalu.

Polis turut menembak mati seroang suspek dikehendaki kerana “serangan pengganas” awal bulan ini, kata kementerian itu.

Kebanyakan masyarakat Syiah di Aran Saudi tinggal di kawasan timur yang kaya dengan minyak, di mana mereka mengeluh kerana terpinggir.

Pihak berkuasa menyalahkan “pengganas” dan pengedar dadah dalam kekejaman itu. – AFP, 31 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen