Mufti Perlis macam nak halalkan zina, kata mufti Perak


Amin Iskandar

Mufti Perak Harussani Zakaria berkata ulama perlu berhati-hati dalam isu penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung anak tidak sah taraf. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Julai, 2017.

MUFTI Perak Harussani Zakaria berkata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin seolah-olah mahu “menghalalkan” zina apabila menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung anak tidak sah taraf.

Harussani berkata Malaysia tidak perlu “melawan arus” berhubung anak tidak sah taraf kerana perkara itu sudah diputuskan ulama Islam terdahulu.

“Ini pendapat baru yang menjurus kepada menghalalkan zina. Pendapat yang dikeluarkan mufti Perlis seolah-olah menghalalkan zina,” kata Harussani kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya haraplah ulama haruslah berhati-hati. Kita kena pakai pendapat yang sudah lama dipakai.”

Minggu lalu media melaporkan Perlis menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf untuk menggunakan nama ayah mereka dalam kemelut perbezaan pendapat keputusan itu semakin mencengkam negara.

Mufti Perlis berkata keputusan mahkamah itu selari dengan fatwa negeri yang diwartakan pada 17 Januari, 2013 membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada ayah kandung mereka.

Harussani hari ini berkata hukum yang diputuskan sebelum ini berhubung dengan anak tidak sah taraf dibuat berdasarkan Al-Quran, hadis dan kajian panjang.

“Setelah diputuskan baru pakai. Imam Shafie bukan sebarang orang. Waktu umur 15 tahun sudah diangkat menjadi mufti.

“Pandangan Imam Shafie juga yang paling sederhana. Kenapa kita nak melawan arus? Apakah kita nak cari publisiti,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pihak yang menentang keputusan mahkamah sebagai menghina institusi kehakiman, beliau berkata ia perlu dilakukan kerana Islam diutamakan dalam Perlembagaan negara.

“Kenapa mahkamah menafikan langsung fatwa? Fatwa di setiap negeri selepas digazet ia menjadi undang-undang.

“Macam mana mahkamah kata mereka tidak terikat dengan fatwa? Bukan kita menghina tapi perbuatan (keputusan mahkamah) tidak betul,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum ini dilaporkan berkata pendaftaran anak tidak sah taraf akan berjalan seperti biasa, bergantung kepada rayuan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata sebarang perubahan prosedur jabatan itu hanya akan dilakukan selepas Mahkamah Persekutuan mengeluarkan penghakiman saman yang difailkan Jabatan Peguam Negara.

Hakim Abdul Rahman Sebli yang menulis penghakiman panel tiga hakim minggu lepas berkata bidang kuasa ketua pengarah JPN adalah sivil dan kerana itu tertakluk kepada undang-undang sivil.

Sehubungan itu, JPN perlu merujuk kepada Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) untuk membuat keputusan berkaitan nama keluarga atau ayah kanak-kanak.

Penghakiman itu yang meliputi anak tidak sah taraf Islam dan bukan Islam dilakukan susulan rayuan yang difailkan kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilahirkan lima bulan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari mengikut kalendar Islam) selepas perkahwinan ibu bapanya.

Kanak-kanak itu didaftarkan di JPN dua tahun selepas lahir dan kedua-dua ibu bapanya memohon untuk meletakkan nama ayahnya “MEMK” tetapi JPN mendaftarkan anak itu kepada “bin Abdullah”. – 31 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dukacita saya ingin memaklumkan kenape isu agama di pertingkaikan dalam.media dan laman sosial sungguh memalukan dan publisiti murahan apalagi dari Ulama atau MUFTI .
    Di sini pasti ada salah tanggapan di antara Ulama
    pada pendapat saya MUFTI Perlis bukan hemdak menghalalkan atau mengalakan zina tapi apa yang mungkin hendak di sampaikan ialah anak2 ni tidak bersalah dan tidak minta dilahirkan hasil zina. Ia nya kurnian Allah swt, yang berzina ada lah ibu dan bapa mereka bukan anak2 ini kenape mereka yang di hukum dengan tidak membenarkan ber Bin atau Binti kan oranh yang sanggup mengaku yang dia adalah bapa kepada anak2 ini.

    Kita harus fikirkan masa depan anak2 ni dengan ber Bin atau Binti kan Abdullah secara tidak langsung kita telah mengaibkan ibu bapa mereka.
    Biarlah mereka tanggung di atas perbuatan mereka di akhirat nanti anak2 tidak bersalah
    Pada pandangan saya Bin atau Binti ada lah tertakluk pada pelembagaan negara
































    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Abdul Rahman Abdul Razak · Ulasan

  • Kita harus memahami sistem dan jangan di campur adukan , keliru atau pertingkaikan pelembagaan negara dengan fatwa. Sebagai contoh dalam agama kita di larang perbuatan mengaibkan orang tapi dalam pelembagaan negara tiada larangan. Dari itu sebagai sesorang yang di hormati juga lebih arif perihal agama dapat membuat penilaian serta halusi nya sebelum membuat kritikan atau kenyataan dalam akhbar atau social media.
















    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Abdul Rahman Abdul Razak · Ulasan

  • perak has very bright and talented sultan, but unfortunately their mufti is such an idiot.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Dee jong · Ulasan

  • Dan mufti pulak macam bersangka buruk?

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Léon Moch · Ulasan