Tugu Erdogan di Jerman diturunkan


Tugu sementara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang dibina di dataran di Wiesbaden, Jerman dirobohkan atas alasan keselamatan. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2018.

WIESBADEN, satu bandar di Jerman merobohkan tugu sementara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang dibina di dataran oleh sekumpulan artis, selepas ia mencetuskan konfrontasi antara penyokong dan lawan pemimpin itu.

“Dalam satu persetujuan dengan polis, Datuk Bandar Sven Gerich memutuskan supaya tugu itu dialihkan kerana keselamatan tidak dapat dijamin lagi,” kata pihak berkuasa bandar itu di Twitter.

Anggota bomba tiba selepas tengah malam dengan kren untuk mengangkat tugu Erdogan setinggi 4meter berwarna emas dari Dataran Perpaduan Jerman di tengah bandar, di mana ia diletakkan pada Isnin sebagai sebahagian daripada festival seni Biennale.

Penganjur berharap tugu itu dapat menggalakkan perbahasan umum yang berkaitan tema tahun ini iaitu “berita buruk”.

Sejak rampasan kuasa di Ankara yang gagal pada 2016, kekerasan Erdogan terhadap lawan dalam politik dan wartawan yang berbeza pendapat – termasuk beberapa warganegara Jerman, turut dilakukan di Jerman, yang mempunyai sejumlah kecil warga Turki.

Tugu itu dihina sebagai “Hitler Turki”.

“Kami letak tugu itu untuk membincangkan tentang Erdogan,” kata ketua teater bandar Wiesbaden, Eric Laufenberg. – AFP, 29 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen