MENTERI risikan Iran semalam berkata “berpuluh-puluh perisik” ditahan sebagai sebahagian daripada gerakan kekerasan terhadap pengintip dan pemegang dua kewarganegaraan.
“Dengan kewangan dan menerusi segala usaha, musuh cuba mendapatkan maklumat tentang negara kami,” kata Menteri Risikan Mahmoud Alavi dalam satu temu bual di stesen televisyen negara.
“Mereka bertindak dengan mengintip dan menyusup. Nasib baik bahagian anti pengintipan ialah bahagian terkuat untuk kementerian ini.”
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang perisik yang ditangkap atau tempoh mereka ditahan.
Alavi juga bercakap tentang pengganas Sunni ekstrem Islamic State (IS), yang melihat Syiah Iran sebagai musuh utamanya di wilayah itu.
Katanya, 230 “sel pengganas” dipintas dalam tempoh tahun lalu.
“Kami menggagalkan plot keganasan di beberapa tempat seperti universiti dan kereta api bawah tanah tetapi tidak banyak maklumat yang kami dedahkan,” katanya. – AFP, 29 Ogos, 2018.
Komen