Filipina buru dalang letupan maut di festival


Pihak berkuasa Filipina berusaha mengesan pelaku insiden letupan bom pada Selasa lalu yang mengorbankan 2 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain. – Gambar AFP, 29 Ogos, 2018.

PIHAK berkuasa Filipina sedang memburu dua lelaki yang dipercayai meletakkan bahan peledak yang membunuh dua orang, termasuk seorang kanak-kanak semasa festival di selatan negara itu.

Letupan pada lewat Selasa di bandar Isulan, yang mencederakan 35 orang lain, adalah insiden bom maut kedua dalam tempoh sebulan di kawasan militan Islam lancarkan pemberontakan selama beberapa dekad.

Seorang lelaki meletakkan bom dalam sebuah beg berhampiran kedai runcit ketika orang ramai berkumpul meraikan ulang tahun bandar itu tetapi beliau dan rakannya melarikan diri, kata pihak tentera.

Kumpulan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu adalah keganasan terbaru di selatan kepulauan Katolik terutamanya di mana pemberontak Islam menyebabkan lebih 100,000 orang mati megikut  kiraan kerajaan.

Sobejana berkata kejadian itu “kemungkinan besar” kumpulan pro-IS, Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) merancang pengeboman itu.

Seorang jurucakap tentera berkata letupan itu mungkin sebagai membalas dendam terhadap serangan terhadap BIFF, sambil menambah kumpulan itu merancang serangan bom di bahagian selatan Mindanao.

“Mereka mahu mewujud dan menyemai keganasan di kawasan itu,” kata jurucakap tentera wilayah Kapten Arvin Encinas kepada AFP, sambil menambah dua tentera termasuk antara yang cedera.

Serangan itu berlaku kurang sebulan selepas bom van merempuh pemeriksaan tentera di pulau Basilan pada 31 Julai lalu yang menyebabkan 10 orang maut.

IS mendakwa bertanggungjawab terhadap pengeboman itu dan pihak berkuasa percaya dalang kejadian itu mungkin bertujuan menyasarkan perbarisan kanak-kanak.

Presiden Rodrigo Duterte meletakkan Mindanao di bawah pemerintahan tentera sehingga akhir tahun ini selepas militan pro-IS merampas bandar selatan Marawi tahun lepas.

Pada Rabu, pembantu Duterte mengutuk pengeboman mengatakan ia boleh menggesa presiden melanjutkan undang-undang ketenteraan di kawasan itu.

Kejadian baru-baru ini susulan pentadbiran Duterte yang menggubal undang-undang untuk mewujudkan autonomi lebih besar bagi minoriti Islam di selatan dan diharapkan membantu menamatkan konflik.

Ibu remaja yang meninggal dunia dalam insiden bom pada Selasa merayu pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan.

“Saya berharap mereka membantu kami dan menangkap pelaku,” kata Nezel Alayon sedih. – AFP, 29 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen