BUAT kali pertama sejak lima dekad lepas, seorang calon angkasawan Nasa menarik diri dari latihan, kata agensi angkasa lepas AS itu pada Selasa.
Robb Kulin berhenti daripada Nasa berkuatkuasa 31 Ogos kerana sebab peribadi, kata jurucakap Brandi Dean yang enggan mengulas lanjut.
Menjadi calon angkasawan bukan mudah- hampir 18,000 calon memohon untuk mengisi 12 tempat yang dibuka setiap tahun.
Kulin adalah calon angkasawan pertama menarik diri sejak seorang lagi meletak jawatan pada 1968. – AFP, 29 Ogos, 2018.
Komen