Kambing suka orang gembira


Kambing menghabiskan lebih 50% lebih banyak masa untuk melihat dan berinteraksi dengan imej gembira berbanding imej marah, kata penyelidik Chrisitian Nawroth dari Queen Mary University of London. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2018.

KAMBING boleh membezakan gambar wajah manusia tersenyum dan muram, serta giat mencari gambar manusia yang gembira, kata satu kajian pada Rabu.

Ditunjukkan dua gambar orang yang sama- sekeping dengan wajah gembira dan sekeping lagi gambar marah- 20 kambing ternakan dalam satu eksperimen lebih banyak mendekati gambar tersenyum dan menyentuhnya dengan hidungya, kata penyelidik dari Eropah dan Brazil.

“Kambing melihat dan berinteraksi secara puratanya 1.4 saat dengan wajah gembira dan 0.9 saat dengan wajah marah,” kata penyelidik Chrisitian Nawroth dari Queen Mary University of London kepada AFP.

“Ini bermakna kambing menghabiskan 50% lebih banyak masa untuk melihat dan berinteraksi dengan imej gembira berbanding imej marah.”

Kajian itu diterbitkan Royal Society Open Science mendakwa ia adalah bukti pertama kambing membawa riak wajah manusia.

Kajian mendapati “spesis ternakan mempunyai pemikiran canggih menafsirkan persekitaran mereka,” kata Nawroth dan “berkemungkinan berperangai” berdasarkan riak wajah manusia.

Kambing tidak seperti anjing atau kuda tidak dijinakkan kerana kemampuan mereka membaca dan memberi responds kepada manusia tetapi untuk mendapatkan susu, daging dan bulu mereka.

Pasukan kajian mendapati kambing cenderung mendekati gambar gembira apabila diletakkan di belah kanan gambar marah, mencadangkan binatang itu menggunakan otak kiri untuk memproses emosi positif. – AFP, 29 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen