Gara-gara bantu pendatang, aktivis Greece ditahan


Tiga ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Greece ditahan atas dakwaan membantu pendatang masuk secara haram ke negara itu, kata polis hari ini. – Gambar AFP, 28 Ogos, 2018.

TIGA ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Greece ditahan atas dakwaan membantu pendatang masuk secara haram ke negara itu, kata polis hari ini.

Tiga ahli Pusat Tindak balas Kecemasan Antarabangsa (ERCI) ditahan di pulau Lesbos, Greece di mana ribuan pendatang ditempatkan di kem setinggan.

“Banyak aktiviti rangkaian jenayah terancang yang membantu warga asing masuk secara haram secara sistematik berjaya didedahkan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Ahli kumpulan ini berhubung dengan pendatang di media sosial dan secara aktif membantu kemasukan mereka secara haram ke Greece sejak 2015, katanya.

Suspek juga memantau pengawal pantai Greece dan trafik radio agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex untuk membantu kemasukan pendatang.

Segala maklumat yang dikumpul tidak dikongsi bersama pihak berkuasa Greece, kata polis.

Keseluruhannya, enam warga Greece dan 24 warga asing terbabit dalam kes itu, katanya lagi. – AFP, 28 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen