Juruterbang maut ketika jalani latihan di Greece


Sebuah pesawat tentera udara Greece terhempas di selatan negara itu, meragut satu nyawa manakala seorang lagi selamat. – Gambar EPA, 28 Ogos, 2018.

SEBUAH pesawat tentera udara Greece terhempas di selatan negara itu, meragut satu nyawa manakala seorang lagi selamat, lapor Xinhua, memetik agensi berita AMNA.

Sebelum pesawat terhempas di utara bandar Sparta, kedua-dua juruterbang menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi injal, bagaimanapun seorang daripada mangsa ditemui maut.  

Pesawat T-2, dua tempat duduk sedang menjalani latihan penerbangan.

Pada Januari, satu lagi nahas juga membabitkan pesawat T-2 terhempas di wilayah yang sama, bagaimanapun kedua-dua juruterbang terselamat. – Bernama, 28 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen