KEMENTERIAN Dalam Negeri Paraguay kini sedang menyiasat kes membabitkan kehilangan senjata api yang disimpan di sebuah gudang milik polis.
Siasatan dijalankan dengan kerjasama pejabat pendakwa raya dan jabatan polis negara, kata Menteri Dalam Negeri, Juan Ernesto Villamayor.
Sebanyak 44 senapang dalam simpanan Jabatan Senjata Api dan Amunisi dilaporkan hilang semasa proses inventori dibuat pada awal Julai lalu, dan digantikan dengan replika kayu serta plastik.
Bagaimanapun, perkara itu hanya didedahkan baru-baru ini. Berdasarkan penemuan lain menunjukkan 90 lagi senjata api hilang dari Januari hingga Julai, tahun ini.
Berikutan kes itu, ketua Jabatan Senjata Api dan Amunisi yang mengakui kesilapannya telah dipecat. – Bernama, 28 Ogos, 2018.
Komen