HUJAN lebat melanda beberapa bahagian di New Delhi, India pada Selasa, menyebabkan berlakunya penurunan suhu, lapor agensi berita Xinhua.
“Hujan disusuli ribut petir itu juga mengakibatkan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus dan beberapa kawasan dinaiki air,” kata pegawai jabatan meteorologi.
Pihak polis turut menyalurkan info terkini menerusi twitter bagi mengelakkan orang ramai melalui kawasan yang dinaiki air.
Fenomena monsun mula melanda New Delhi pada 28 Jun, sejak itu bandar raya tersebut menerima hujan sederhana lebat.
Sementara itu, jabatan meteorologi meramalkan beberapa tempat di India akan mengalami hujan lebat dan nelayan dinasihatkan tidak turun ke laut, memandangkan perairan di Laut Arab dijangka bergelora. – Bernama, 28 Ogos, 2018.
Komen