TENTERA Amerika Syarikat berjaya menguji sistem pintasan peluru berpandu di mana negara itu mengharapkan ia di pasang di semenanjung Korea, kata pegawai tentera susulan daripada ujian yang dijalankan sehari selepas ujian kedua ICBM Korea Utara.
Ujian Amerika terhadap sistem yang diberi nama THAAD, peluru berpandu jarak sederhana dilancarkan daripada pesawat tentera udara negara itu di Lautan Pasifik dan unit THAAD di Alaska “mengesan, mencari dan memintas sasaran,” kata agensi pertahanan peluru berpandu AS.
Ia merupakan kejayaan ke 15 selepas 15 kali ujian berkenaan dijalankan untuk sistem senjata THAAD, yang membawa maksud Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi.
Korea Selatan pada Sabtu berkata, ia akan mempercepatkan pemasangan THAAD di kawasannya berikutan ujian terbaru peluru berpandu balistik Korea Utara.
Sebahagian sistem THAAD dibawa ke Korea Selatan ketika negara itu di bawah presiden Park Geun-Hye. Namun pemimpin baharu Moon Jae-In menangguh penempatan program itu bulan lalu, dan berkata ia memerlukan penilaian kesan baharu.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young- Moo berkata pada Sabtu Seoul akan memulakan rundingan mengenai “tentatif penempatan” sebahagian daripada bateri THAAD sebagai maklum balas terhadap ujian terbaharu Korea Utara.
Penempatan THAAD menyebabkan kemarahan China, yang mengatakan ia akan menyebabkan ketidakstabilan di rantau itu. – AFP, 30 Julai, 2017.
Komen