Pakistan bakal terima PM baharu, Nawaz Sharif digugur kerana rasuah


Nawaz Sharif (kiri) digugurkan manakala adiknya Shahbaz Sharif (kanan) dinamakan sebagai pengganti. Nawaz digugurkan sebagai perdana menteri selepas terbabit dalam dakwaan rasuah.– Gambar EPA, 30 Julai, 2017.

PARLIMEN Pakistan akan mengadakan mesyuarat pada Selasa bagi melantik perdana menteri baharu selepas Mahkamah Agung negara itu melucutkan Nawaz Sharif berikutan siasatan tuduhan rasuah terhadap keluarganya.

Perti memerintah negara itu menamakan adik Sharif, Shahbaz sebagai penggantinya, namun dia perlu memasuki Parlimen dengan bertanding di kerusi yang dikosongkan Sharif.

Dalam masa yang sama Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) yang memegang majoriti di Parlimen mencalonkan bekas menteri minyak Shahid Khaqan Abbasi sebagai perdana menteri sementara.

Mahkamah tertinggi itu menggugurkan Sharif pada Jumaat selepas siasatan dakwaan kesalahan rasuah terhadapnya dan keluarga, menjadikan penguasaannya ke penghujung menyebabkan ketidakstabilan politik di negara itu.

Nawaz Sharif merupakan perdana menteri ke-15 dalam sejarah 70 tahun Pakistan – di mana separuh tempoh itu dikuasai tentera – akan digugurkan sebelum memenuhi tempoh penggalnya.

“Kertas pencalonan akan dihantar kepada Setiausaha Perhimpunan Kebangsaan pada 2 petang, Isnin,” kata makluman Sekretariat Perhimpunan Kebangsaan.

Menurut makluman itu, perhimpunan akan diadakan pada jam 3 petang untuk memilih perdana menteri.

Adik Sharif – yang merupakan ketua menteri negeri paling ramai penduduk di Punjab – setakat ini tidak terjejas dengan tuduhan rasuah yang melanda keluarga abangnya itu.

Satu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya berata pilihan raya baru akan diadakan di bekas kawasan parlimen Nawaz Sharif, di Punjab dan prosesnya boleh memakan masa sehingga 45 hari. – AFP, 30 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen