JUMLAH kematian akibat wabak Ebola yang menular di timur negara Republik Demokratik Congo meningkat kepada 75 orang, kata kementerian kesihatan negara tu pada Isnin.
“Keseluruhannya, 111 kes demam hemorrhagic dilaporkan di kawasan berkenaan,” katanya.
Kementerian itu berkata, ia merekodkan 47 kematian di antara 83 kes yang disahkan, tambahan 28 lagi kes disyaki Ebola, kebanyakannya berlaku sebelum pihak berkuasa mengisytiharkan epidemik itu pada 1 Ogos.
Tiada kes baharu dilaporkan sejak Ahad apabila angka kematian diberikan pada 67.
Wabak Ebola terbahru dilaporkan di wilayah Utara Kivu. – 28 Ogos, 2018
Komen