LEBIH 40 tentera dan pemberontak terbunuh dalam pertempurna yang berlarutan selama beberapa hari antara tentera Yaman yang disokong tentera Arab Saudi dan pemberontak yang bersekutu dengan Iran berhampiran pelabuhan Laut Merah, Mokha, kata pegawai kerajaan.
Pertempuran sering berlaku sekitar kem tentera Khaled Ibn al-Waled di timur Mokha sejak tentera kerajaan merampasnya daripada pemberontak Huthi minggu lalu.
16 pemberontak Huthi dan tujuh anggota tentera terbunuh dalam pertempuran dan serangan udara di luar Mokha, menurut pegawai tentera dan saksi di kawasan hospital.
20 tentera Yaman turut terbunuh dalam serangan pemberontak ke atas kem Khaled di wilayah Taiz, sekitar 25 kilometer timur Mokha pada Khamis, menurut sumber tentera.
Pelabuan Mokha di Laut Merah itu merupakan laluan strategik perdagangan antarabangsa dan import adalah dikuasai tentera.
Pasukan pakatan tentera termasuk Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu berkata, pemberontak Huthi menyerang pelabuhan menggunakan bot alat kawalan jauh yang membawa bahan letupan.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam serangan itu yang didakwa pemberontak Syiah, ia terjena kapal perang daripada UAE.
Malah katanya, peluru berpandu balistik yang ditembak pemberontak Huthi pada Khamis berhampiran Mekah, Arab Saudi juga ditembak jatuh.
Kerajaan ang diketuai Presiden Abedrabbo Mansour Hadi itu menentang pemberontak Huthi kerana mengawal negara miskin itu selama dua tahun.
Lebih 8,000 orang terbunuh dan jutaan lagi hilang dalam konflik itu yang membawa kepada maslaha kebuluran kepada negara terbabit.
Wabak taun turut membunuh lebih 1,800 orang sejak April dengan 400,000 kes yang disyaki di seluruh negara, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa.
PBB memberi amaran minggu lalu 80 peratus kanak-kanak Yaman memerlukan bantuan yang disifatkan sebagai “krisis kemanusiaan paling besar di dunia”. – AFP, 30 Julai, 2017.
Komen