Israel bangunkan sistem peluru berpandu sasar Timur Tengah


Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman berkata sistem peluru berpandu terbarunya dijangka siap sepenuhnya dalam masa beberapa tahun dan mampu membedil sasaran dengan tepat dari jauh. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2018.

ISRAEL sedang mengusahakan sistem peluru berpandu baru yang mampu membedil mana-mana sasaran di Timur Tengah, kata Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman pada Isnin.

Syarikat pengeluar senjata dimiliki negara itu, Israel Military Industries (IMI) akan menyiapkannya “dalam beberapa tahun” satu sistem bersepadu canggih yang “membolehkan ia membedil dengan tepat dari jauh “, katanya dalam satu kenyataan.

Lieberman menambah kontrak dengan IMI dianggarkan berjumlah “ratusan juta shekels” yang kini didagangkan pada AS$3.63.

“Projek menubuhkan sistem roket dan peluru berpandu tepat sedang dijalankan,” kata Lieberman dalam kenyataan itu.

“Sebahagian daripadanya sudah dalam pengeluaran dan sebahagiannya berada dalam fasa terakhir penyelidikan dan pembangunan.

Israel dianggap sebagai kuasa ketenteraan berkuasa di Timur Tengah dan dipercayai satu-satunya negara di rantau ini yang memiliki senjata nuklear.

IMI berkata pada 2004 telah menghasilkan peluru berpandu, Delilah, dengan jarak 250 kilometer (150 batu).

Ia juga mempunyai pelbagai sistem roket anti-peluru berpandu tetapi kenyataan hari ini memetik pengerusi IMI Yitzhak Aharonovitch mengatakan senjata ketenteraan baru itu akan “mencerminkan keupayaan teknologi syarikat, yang pakar menembak dengan tepat, untuk menyerang pada pelbagai sasaran”.

Israel menghadapi pelbagai ancaman dan menganggap Iran sebagai musuh paling berbahaya di rantau ini.

Ia sering menjadi sasaran roket dan mortar dari Semenanjung Gaza, yang diperintah oleh gerakan Islam Hamas.

Satu lagi musuhnya ialah kumpulan Syiah disokong Iran yang berpangkalan di Lebanon.

Lieberman tidak mendedahkan butiran mengenai sistem baru yang dirancang atau sasarannya  dan pejabatnya tidak memberi respons kepada permintaan AFP untuk mendapatkan maklumat. – AFP, 27 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen