SEKURANG-kurangnya empat anggota militan terbunuh selain lapan lagi cedera ketika pasukan kerajaan dan Taliban bertempur di daerah Qaramkul wilayah utara Faryab, Afghanistan pada Isnin.
Menurut jurucakap polis daerah Abdul Karim Yurash, pertempuran meletus apabila pemberontak Taliban menyerang beberapa pusat pemeriksaan keselamatan di kampung Yusuf Mirzai pada awal pagi, menyebabkan polis bertindak menyerang balas, memaksa militan melarikan diri.
Menurut agensi berita Xinhua, lapan anggota militan dan dua anggota keselamatan turut cedera.
Pasukan keselamatan akan meneruskan operasi memburu anggota militan di kawasan lain di daerah itu untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan. – Bernama, 27 Ogos, 2018.
Komen