LIMA beradik ditemui rentung dan dua lagi cedera dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan beberapa buah rumah di daerah Tondo, Manila pada pagi Isnin.
Agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa melaporkan, mangsa berusia antara setahun dan 12 tahun itu maut akibat terhidu asap selepas terperangkap di dalam rumah.
Menurut mangsa yang terselamat, sebelum kejadian beliau melihat dua lagi adik-beradiknya bermain dengan pemetik api dan membakar beberapa pakaian di dalam rumah.
Ia menyebabkan api merebak dengan cepat, kata pihak berkuasa.
Kebakaran berjaya dikawal dua jam kemudian. – Bernama, 27 Ogos, 2018.
Komen