Israel buka semula laluan pejalan kaki di Erez


Laluan pejalan kaki yang menghubungkan Erez dengan Gaza kembali dibuka susulan keadaan yang tenang daripada sebarang keganasan sejak minggu lalu. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2018.

ISRAEL memutuskan membuka semula laluan pejalan kaki yang menghubungkan Erez dengan Gaza pada Isnin, selepas ditutup sejak seminggu lalu, lapor agensi berita ANSAmed.

Pembukaan tersebut ekoran pengurangan ketara dalam keganasan di Semenanjung Gaza serta keadaan tenang sepanjang minggu lalu, umum Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman.

Lantaran itu juga, beberapa sumber melaporkan terdapatnya perbincangan tidak langsung antara Hamas dan Israel, yang diterajui Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk mencari penyelesaian damai jangka panjang. – Bernama, 27 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen