Rakyat asing dilarang beli rumah Forest City, kata Dr Mahathir


70% daripada pembeli pangsapuri di Forest City pada tahun lepas terdiri daripada rakyat China. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2018.

RAKYAT asing dilarang membeli rumah dalam projek Forest City di Johor, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, lapor Reuters.

Projek pemaju Country Garden Holdings Co bernilai berbilion ringgit yang bakal menempatkan 700,000 penduduk itu kini dalam ketidaktentuan selepas Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Ia antara beberapa projek yang disokong oleh Beijing yang ditandatangani ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Satu perkara yang pasti - bandar yang akan dibina itu tidak boleh dijual kepada rakyat asing,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

“Kita tidak akan beri visa kepada orang yang datang dan tinggal di sini.

“Kita membantah kerana ia dibina untuk rakyat asing, bukan untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh beli rumah-rumah itu.”

Forest City dibina untuk rakyat asing, bukan untuk rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Ogos, 2018.

Reuters melaporakn seorang pegawai dari Country Garden berkata syarikat itu tidak akan memberi maklum balas segera terhadap ulasan perdana menteri itu.

Penduduk Johor telah mengadu mengenai sebilangan besar rakyat China membeli hartanah di Forest City.

70% daripada pembeli pangsapuri di Forest City pada tahun lepas terdiri daripada rakyat China. – 27 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen