SEORANG suspek yang dikehendaki dalam kes pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda pada 1998, ditahan oleh polis di Sepanyol, kata polis Belanda semalam.
Nicky Verstappen, 11, hilang pada malam 9 Ogos, 1998 ketika menyertai perkhemahan musim panas di kawasan rizab semula jadi Brunssumerheide, berhampiran sempadan Jerman.
Mayatnya ditemui petang esok, berhampiran tapak perkhemahan.
“Jos B, 55, seorang suspek dalam kes kematian Nicky Verstappen ditahan di Sepanyol pada petang Ahad.
“Dia ditahan dan akan diserahkan kepada Belanda,” kata kenyataan polis yang dikeluarkan di Limburg, daerah di mana kanak-kanak itu hilang.
Awal tahun ini, polis Belanda melancarkan pencarian DNA terbesar di seluruh negara, meminta lebih 20,000 lelaki tampil untuk membuat ujian bagi cubaan menyelesaikan kes itu. – AFP, 27 Ogos, 2018.
Komen