SEBUAH pesawat tempur F-15 milik Iran terhempas di selatan negara itu, menyebabkan juruterbangnya terbunuh, lapor media tempatan.
Agensi berita IRNA melaporkan, pesawat itu yang digunakan untuk tujuan latihan, terhempas ketika cuba mendarat di Dezful di wilayah Khuzestan.
Juruterbang pesawat itu terbunuh di lokasi kejadian manakala pembantunya terselamat dan kini mendapatkan rawatan di hospital.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.
Iran membeli pesawat tempur F-5 dari Amerika Syarikat sebelum relovusi 1979 dan sebanyak 48 pesawat itu masih terus berkhidmat.
Minggu lalu, Teheran mendedahkan kepada umum tentang jet tempur buatan sendiri yang hampir menyerupai reka bentuk F-5. – AFP, 26 Ogos, 2018.
Komen