SYARIKAT gergasi perkhidmatan perkongsian kenderaan China, Didi Chuxing berkata pada Ahad, ia akan menggantung servisnya selepas berlaku kejadian rogol dan bunuh seorang penumpang kedua tahun ini.
Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu di bandar Wenzhou timur kerana disyaki merogol dan membunuh penumpang wanita yang menggunakan aplikasinya untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Syarikat itu berkata ia akan menangguhkan Didi Hitch - sebuah perkhidmatan memadankan penumpang yang mempunyai arah destinasi yang sama - bermula tengah malam pada Isnin.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas syarikat itu mengakui ia bertanggungjawab terhadap kejadian jenayah itu, gagal bertindak terhadap aduan mengenai pemandu yang sama daripada penumpang lain, yang mendakwa membawa ke kawasan terpencil dan mengekori dengan kenderaannya selepas turun.
“Kejadian itu menunjukkan banyak kekurangan dengan proses perkhidmatan pelanggan kami, terutama kegagalan bertindak cepat terhadap aduan penumpang sebelumnya dan proses perkongsian maklumat yang rumit dan rigid dengan pihak polis,” kata Didi dalam satu kenyataan pada Ahad.
Polis tempatan berkata pemandu yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Chung, mengambil mangsa berusia 20 tahun sekitar pukul 1.00 petang (0500 GMT) pada Jumaat.
Tetapi beliau hilang sejam kemudian selepas menghantar mesej kepada kawannya untuk meminta bantuan, menyebabkan pemandu ditangkap pada awal Sabtu, kata polis.
Pembunuhan itu mencetuskan kritikan baru terhadap Didi yang bimbang mengenai keselamatan perkhidmatan itu.
“Oleh kerana syarikat tidak mampu menyelaraskannya sendiri, keluar dari pasaran,” tulis satu pengguna ala Twitter, Weibo.
Dalam kritikan pedas, agensi berita rasmi Xinhua pada Ahad menyatakan Didi menerima satu lagi tamparan apabil didenda lebih 1 juta yuan (AS$148,000) dalam tempoh 10 bulan di Wenzhou sahaja.
“Walaupun terdapat hukuman berulang, terdapat tingkah laku keras kepala dan tiada perubahan, mencerminkan ketidakpedulian syarikat terhadap keselamatan dan tanggungjawab sosial,” kata komentar itu, menggesa Didi dihukum jika gagal mengutamakan keselamatan pelanggan.
Didi berkata pada Ahad yang ketua Didi Hitch dan naib presiden perkhidmatan pelanggan telah “dipecat” daripada jawatan mereka.
Pada Mei, seorang pramugari berusia 21 tahun yang menggunakan perkhidmatan yang sama dibunuh oleh pemandu Didi Chuxing, mendorong kritikan terhadap langkah keselamatan syarikat dan mengetatkan peraturan penggunaannya.
Ia termasuk mengehadkan pemandu Hitch untuk menerima penumpang sama jantina pada lewat malam dan awal pagi, serta membolehkan penumpang berkongsi laluan mereka dengan kenalan untuk waktu kecemasan.
Didi Chuxing menggelarkan ia sebagai platform pengangkutan bergerak terkemuka di dunia, dengan mengatakan pada Mac ia mempunyai 21 juta pemandu dan lebih 450 juta pengguna merentasi pelbagai perkhidmatannya. – AFP, 26 Ogos, 2018.
Komen