DUA maut dan lebih 200 lagi cedera dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter di barat Iran berhampiran sepadan Iraq pada awal hari ini, kata pegawai media tempatan.
Gempa yang melanda barat daya Javanrud di wilayah Kermanshah itu berhampiran dengan lokasi gempa bumi kuat tahun lalu yang meragut nyawa ratusan penduduk.
Ketua Jabatan Kecemasan Sains Perubatan Universiti Kermanshah, Saeb Sharidari, berkata dua orang terbunuh manakala 241 orang cedera.
Menurut Sharidari, mereka yang terbunuh adalah seorang wanita mengandung dan seorang lelaki berusia 70 tahun yang mati akibat serangan jantung.
Ketua Bulan Sabit Merah wilayah, Mohamad Reza Amirian, berkata terdapat sekurang-kurangnya 21 gempa susulan.
Terdapat juga laporan bahawa gempa itu dirasai sehingga melepasi sempadan Iraq.
Iran berada di atas dua plat tektonik utama dan kerap dilanda gempa.
Pada November tahun lalu, gempa bumi pada skala 7.3 skala Ritcher yang meragut nyawa 620 orang di wilayah Kermanshah dan lapan orang di Iraq. – AFP, 26 Ogos, 2018.
Komen