Serangan bom bunuh diri di Afghanistan ragut 2 nyawa


Serangan bom itu mensasarkan satu kem bantahan di luar pejabat suruhanjaya pilihan raya di Jalalabad, Afghanistan. – Gambar EPA, 26 Ogos, 2018.

SEKURANG-kurangnya dua orang maut dalam serangan bom bunuh diri di Jalalabad di timur Iran, kata pihak berkuasa.

Pengeboman yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS) itu menyusul selepas pertempuran berdarah antara Taliban dengan IS di seluruh negara. IS mensasarkan Kabul di mana dianggarkan beratus orang terbunuh.

Serangan bom itu mensasarkan satu kem bantahan di luar pejabat suruhanjaya pilihan raya di mana sekumpulan orang sedang mengadakan tunjuk perasaan bagi menyokong calon yang hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen pada Oktober.

Jalalabad adalah ibu kota wilayah Nangarhar yang menjadi kubu kuta IS di Afghanistan.

“Letupan bom membunuh dua orang, manakala empat yang lain cedera,” kata jurucakap gabenor wilayah, Attaullah Khogyani.

Ia disahkan oleh pengarah kesihatan, Najib Kamawal.

Seorang saksi kejadian berkata pengebom meletakkan bom berhampiran khemah yang sesak dengan penunjuk perasaan.

“Letupannya sangat kuat hingga menggoncang rumah kami,” kata Mirza Amin yang menyaksikan kejadian letupan itu. Rumahnya terletak 50 meter dari lokasi kejadian. – AFP, 26 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen