Festival musik terbakar, lebih 22,000 dipindahkan di Sepanyol


Kebakaran pentas itu dikatakan berpunca daripada kesilapan teknikal. – Gambar AFP, 29 Julai, 2017.

LEBIH 22,000 orang dipindahkan apabila sebuah pentas di festival musik elektronik berhampiran Barcelona terbakar dan mencetuskan suasana panik.

Anggota bomba dikejarkan ke festival Tomorrowland di Santa Coloma de Gramenet di utara Sepanyol dan berjaya memadamkan kebakaran. Tiada kecederaan dilaporkan.

22,143 orang dipindahkan dari festival itu.

Rakaman kejadian menunjukkan sebahagian pentas terbakar menyebabkan asap tebal ketika penonton lari menyelamatkan diri.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan tetapi penganjur berkata ia mungkin disebabkan kegagalan teknikal atas pentas.– AFP, 30 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen