ENAM belas maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas pelancong di sepanjang jalan berliku di barat Bulgaria pada Sabtu, kata Menteri Dalam Negeri Alentin Radev.
“Tiga belas terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia akibat cedera parah,” kata Redev selepas melawat tempat kejadian yang terletak 57km di utara Sofia.
26 yang lain mengalami cedera serius, di mana tiga daripada mereka cedera parah.
Bas yang membawa pelancong Bulgaria selepas melawat sebuah biara, tergelincir dalam hujan lebat sebelum jatuh ke dalam gaung.
Ia melanggar empat kereta namun kesemua penumpang dalam keemat-empat kenderaan selamat.
Bas keluaran 2001 itu membawa 33 ahli kelab pesara, kata seorang pegawai pengangkutan.
Bulgaria merupakan negara paling miskin dalam Kesatuan Eropah. Rangkaian jalan rayanya tidak dijaga dengan baik dan kebanyakan kenderaan di atas jalan adalah uzur.
Setiap tahun, sekitar seribu orang maut akibat kemalangan jalan raya di Bulgaria. – AFP, 26 Ogos, 2018.
Komen