Kejadian gempa pada Disember tahun lepas yang mengorbakan lebih 400 nyawa. Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan gempa kuat bermagnitud 6 pada skala Richter di Barat Iran pada pukul 6.13 pagi tadi. – Gambar EPA, 26 Ogos, 2018.
SATU gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter berlaku di Barat Iran pada pukul 6.13 pagi ini (waktu Malaysia).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, pusat gempa bumi itu terletak 34.3 darjah Utara dan 46.2 darjah Timur dengan kedalaman 72 km. – Bernama, 26 Ogos, 2018.
Komen