Presiden Palestin keluar hospital selepas pemeriksaan rutin


Keputusan ujian kesihatan Presiden Palestin Mahmud Abbas dianggap baik.– Gambar EPA, 30 Julai, 2017.

PRESIDEN Palestin Mahmud Abbas keluar daripada hospital di Tebing Barat yang ditakluk Israel semalam selepas “pemeriksaan rutin”, kata agensi berita rasmi Wafa.

Presiden berusia 82 tahun itu “dimasukkan ke hospital di Ramallah untuk pemeriksaan rutin selama beberapa jam,” kata jurucakap Nabil Abu Rudeina dalam satu kenyataan.

Seorang doktor di hospital itu memberitahu yang semua keputusan ujian “baik”.

“Presiden dalam keadaan sangat sihat,” kata Yasser Abu Safoya.

Abbas dimasukkan ke hospital Oktober lepas untuk ujian jantung dan laporan kesihatanya dikatakan normal.

Tidak ada pilihan raya presiden sejak 2005, dan Abbas kekal menjawat jawatan itu walaupun penggalnya sudah berakhir. – AFP, 30 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen