ATLET Iran Sohrab Moradi memecah rekod dunia angkat berat dalam kategori 94kg di Sukan Asia pada Sabtu.
Moradi berjaya mengangkat 189kg dalam perlawanan pembukaan sukan itu seterusnya memecahkan rekod 188kg dibuat atlet Greek Akakios Kakiasvilis pada 1999.
Semua rekod dunia kini dipegang Moradi. Beliau pemegang rekod kategori “sentap juak terus” (clean and jerk) seberat 233kg dan kategori heavyweight dengan jumlah berat 417kg. – AFP, 25 Ogos, 2018.
Komen