SEKURANG-KURANGNYA 18 orang maut dalam kebakaran di sebuah hotel di China, awal pagi hari ini.
Kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Harbin, ibu wilayah Heilongjiang, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
“Pada pukul 10.50 malam (2.50 pagi waktu Malaysia), seramai 18 orang disahkan maut akibat kebakaran itu. Operasi menyelamat masih diteruskan,” lapor Xinhua.
Punca sebenar kebakaran masih belum diketahui dan siasatan masih dijalankan.
Insiden kebakaran sering berlaku di China ekoran kod keselamatan kebakaran diabaikan oleh kebanyakan pihak.
Pada April lalu, 18 orang maut dan lima mangsa cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat karaoke di selatan negara itu.
Pada November tahun lalu, satu insiden kebakaran di sebuah rumah terapung di Beijing menyebabkan 19 orang maut manakala 38 orang terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat penjagaan orang-orang tua di wilayah Henan pada Mei 2015. – AFP, 20 Ogos, 2018.
Komen