ENAM orang maut dalam banjir di Taiwan, kata pegawai pada Sabtu selepas hujan lebat yang turut beberapa hari memaksa beribu orang berpindah.
Hujan lebat turun tanpa henti di tengah dan selatan Taiwan sejak Khamis, dengan sesetengah kawasan menerima sehingga 1,000 milimeter hujan.
Enam orang terbunuh setakat ini, menurut angka rasmi dikeluarkan kerajaan, termasuk tiga yang maut selepas binaan bangunan runtuh di Kaohsiung. Hampir 100 lagi cedera.
Lebih 6,000 orang pula terpaksa dipindahkan, 1,100 mangsa masih berada di pusat pemindahan, kata pegawai.
Gambar media menunjukkan penduduk Kaohsiung dan Tainan terpaksa mengharung air paras buku lali, sementara tentera membantu memindahkan warga emas dan kanak-kanak di tengah Chiayi.
Walaupun ribut sudah bergerak jauh dari Taiwan, banjir masih belum surut.
Jabatan Kaji Cuaca Taiwan berkata hujan lebat yang berlaku kali ini “sangat jarang” berlaku.
Kepulauan itu seringkali dilanda taufan pada musim panas. Tahun lepas, lebih 100 orang cedera selepas Taufan Nesat melanda negara itu menyebabkan banjir dan keputusan bekalan tenaga. – AFP, 25 Ogos, 2018.
Komen