Scott Morrison angkat sumpah sebagai PM baharu Australia


Scott Morrison (kiri) mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Australia ke-30 dalam satu upacara di Canberra hari ini. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2018.

SCOTT Morrison mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Australia dalam tempoh 11 tahun hari ini, selepas berlaku pemberontakan dalam parti terhadap Malcolm Turnbull, di mana dikatakan meninggalkan kerajaan dalam keadaan “tewas dan terluka”.

Bekas menteri dalam negeri Peter Dutton, seorang bekas pegawai polis dan berhaluan kanan, menjadi penggerak di sebalik penyingkiran Turnbull selepas Parti Liberal menentang dasarnya yang lebih moderat.

Tetapi selepas minggu yang memeritkan dalam hala tuju politik di Canberra, akhirnya Morrison, sekutu Turnbull yang berkhidmat sebagai bendahari, memenangi undi parti 45-40.

Beliau secara rasmi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Australia ke-30 hari ini dalam satu upacara di ibu kota itu.

Menteri alam sekitar Josh Frydenberg – yang dipilih sebagai timbalan ketua parti Liberal – mengangkat sumpah sebagai bendahari.

Morrison yang juga pengembang agama Kristian dikenali sebagai “ScoMo” menggantikan individu yang termasuk dalam senarai panjang pemimpin ditikam dari belakang oleh rakan sendiri.

Morrison mengakui insiden luar biasa yang berlaku di negara itu memberi tekanan kepada parlimen dan Parti Liberal

“Tugas kita untuk memastikan parti dalam bersatu kembali, dan mengembalikan Parlimen, supaya kita dapat bekerja untuk negara.” – AFP, 24 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen