Separuh pulau Taiwan lumpuh akibat taufan Nesat


Selsin hujan lebat, taufan Nesat turut membawa angin kencang yang mampu mencecah 180 kilometer sejam.– Gambar EPA, 29 Julai, 2017.

SEBAHAGIAN daripada kepulauan Taiwan lumpuh pada Sabtu kerana terputus bekalan elektrik selepas dilanda taufan pertama tahun ini.

Taufan Nesat – yang mempunyai kekuatan sama dengan taufan Friday, membawa ombak besar dengan ketinggian lebih 15 meter (49.2 kaki) di pantai timur pulau itu yang turut menyebabkan tanah runtuh.

Sekolah dan pejabat di seluruh kepulauan itu ditutup manakala kebanyakan perkhidmatan kereta api dihentikan sementara. Sebanyak 35,364 kediaman terjejas akibat terputus bekalan elektrik.

Ketika taufan Nesat berada 70 kilometer daripada tenggara Yulan di pantai timur Taiwan, kelajuannya mencecah 180 kilometer sejam.

Biro cuaca Taiwan memberi amaran hujan berterusan di kawasan timur dan selatan, di mana ribut tropika itu dijangka mengeluarkan 900 milimeter (35.3 inci) air di beberapa kawasan.

Kawasan paling selatan Pintung dilanda banjir di kebanyakan tempat menyebabkan ramai penduduk terkandas.

Lebih 36,000 tentera diletakkan dalam berjaga-jaga untuk membantu mangsa banjir.

Pengangkitan udara juga terjejas di mana 108 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dibatalkan.

Walaupun Nesat merupakan taufan pertama Taiwan tahun ini, pulau itu sudah dilanda hujan lebat bulan lepas.

Seurang-kurangnya seorang maut dalam bencana banjir pada Jun di utara negara itu selepas hujan berterusan selama 11 jam membanjiri beberapa kawasan.

Kerajaan Taiwan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ribut tropika sejak taufan Morakot menyebabkan 400 orang terkorban pada 2009.  – AFP, 29 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen