Bakal presiden Mexico jual jet kerajaan


BAKAL presiden Mexico Lopez Obrador mahu menjual jet milik kerajaan bagi kegunaan presiden kerana merasakan ia kemewahan yang membazir.

Seorang ahli perniagaan Gustavo Jimenez Pons menawarkan diri untuk membeli jet berkenaan dengan harga AS$99 juta.

Bagaimanapun, sebuah akhbar tempatan Reforma berkata harga pasaran jet tersebut adalah bernilai AS$220 juta.

Jimenez Pons mahu menggunakan jet tersebut sebagai teksi, dengan harga sewaan AS$20,000 sejam.

Menurut Reforma, Jimenez mahu menyewakan jet berkenaan kepada “presiden negara lain yang tidak mempunyai jet peribadi atau kumpulan rock seperti Rolling Stones,” tambah akhbar El Universal.

Lopez yang menang tipis pada pilihan raya Julai dan akan mengambil alih pemerintahan Mexico pada 1 Disember, berkata beliau tidak akan menggunakan jet berkenaan dan mahu menjualnya, dan tidak akan menggunakan sebarang kapal terbang persendirian. – AFP, 24 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen