Gempa bumi di Indonesia ragut 555 nyawa


Beberapa siri gempa bumi yang melanda kepulauan Lombok di Indonesia baru-baru ini meragut 555 nyawa dan mencederakan hampir 1,500 yang lain, kata agensi pengurusan bencana Indonesia hari ini. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2018.

BEBERAPA siri gempa bumi yang melanda kepulauan Lombok di Indonesia baru-baru ini meragut 555 nyawa dan mencederakan hampir 1,500 yang lain, kata agensi pengurusan bencana Indonesia hari ini.

Kawasan itu dilanda dua gempa bumi pada 29 Julai dan 6 Ogos. Semalam, ia digegarkan dengan gegaran baru dan gempa susulan bermagnitud 6.9.

Agensi pengurusan bencana Indonesia hari ini berkata banyak korban nyawa berlaku di utara Lombok, dan sebahagian lagi di beberapa kepulauan jiran Sumbawa. – AFP, 24 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen