Lelaki Austria buat kecoh bawa kuda naik kereta api


Lelaki itu dilaporkan cuba menaiki dua kereta api di negeri Styria bersama kuda bernama Frieda. Tetapi, konduktor kereta api enggan meneruskan perjalanan membawa Frieda.– Gambar Twitter, 24 Ogos, 2018.

GAMBAR seorang lelaki menaiki kereta api tular pada Rabu disebabkan teman luar biasa yang dibawangnya: seekor kuda.

Lelaki itu dilaporkan cuba menaiki dua kereta api di negeri Styria bersama kuda bernama Frieda. Tetapi, konduktor kereta api enggan meneruskan perjalanan membawa Frieda.

Gambar seorang lelaki muda bersama Frieda dikelilingi penumpang yang ketawa dikongsi tular di Twitter dan dikongsi akaun Twitter syarikat kereta api negeri, OeBB.

“Kami harap ini kejadian yang pertama dan terakhir,” kata jurucakap OeBB Julianne Pamme dipetik akhbar Austria APA, yang menambah kehadiran kuda dalam kereta api boleh membahayakan banyak pihak misalnya dalam keadaan kereta api berhenti mengejut.

Panduan OeBB menyatakan binatang kecil, tidak merbahaya dalam kurungan serta anjing dengan tali cawak dan memakai penutup mulut dibenarkan menaiki kereta api. – AFP, 24 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen