KETUA suruhanjaya Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menyiasat insiden maut di sempadan Gaza beberapa bulan lepas telah melepaskan jawatannya atas “sebab-sebab peribadi,” lapor agensi berita Jordan Petra.
Keputusan itu dibuat kurang sebulan selepas beliau dilantik, menurut majlis itu pada Rabu.
Menurut satu kenyataan rasmi, Vojislav Suc, Duta Slovenia ke PBB di Geneva merangkap presiden majlis itu, telah menerima peletakan jawatan David Crane, yang juga rakyat Amerika, dan beliau perlu melantik presiden baharu bagi suruhanjaya tersebut, yang turut membabitkan peguam Sara Hossein dari Bangladesh dan Betty Murungi dari Kenya. – Bernama, 23 Ogos, 2018
Komen