PERDANA Menteri Australia Malcolm Turnbull berikrar tidak akan mengalah kepada pembulinya, ketika negara itu berdepan cabaran kepimpinan baharu.
Bagaimanapun, Turnbull berkata beliau akan berhenti daripada politik jika partinya tidak lagi menyokongnya.
Bekas menteri dalam negeri Peter Dutton, bekas pegawai polis dan pihak konservatif berhaluan kanan yakin mempunyai jumlah yang cukup untuk menyingkirkan Turnbull, yang dianggap sederhana.
Dan dengan menteri kanan mula kurang memberi sokongan, kuasa Turnbull yang hampir tiga tahun semakin berkurangan walaupun menang dalam pilihan raya dengan undi 48-35.
Beliau berkata Dutton belum membuktikan beliau ada sokongan majoriti daripada Parti Liberal – syarat untuknya memaksa satu lagi mesyuarat diadakan bagi menyokongnya menjelang pilihan raya negara pada pertengahan 2019.
Jika petisyen menunjukkan sokongan itu – dan laporan hari ini menyatakan Dutton hampir mencapai sasarannya – mesyuarat itu akan diadakan pada Jumaat.
Turnbull berkata jika itu berlaku, beliau tidak akan bertanding sebagai calon kepimpinan dan akan meletak jawatan dalam Parlimen, mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil yang dijangka memberi masalah kepada kerajaan dengan majoriti hanya satu kerusi di Parlimen. – AFP, 2018.
Komen