Indonesia-Australia anjur mesyuarat cegah keganasan


Indonesia dan Australia menjadi tuan rumah bersama mesyuarat pencegahan keganasan yang turut melibatkan enam negara lain bagi membincangkan ancaman keganasan di rantau Asia Tenggara. – Gambar EPA, 29 Julai, 2017.

INDONESIA dan Australia bekerjasama menganjurkan mesyuarat pencegahan keganasan hari ini untuk membincangkan peningkatan ancaman pejuang asing, ketika Filipina masih bergelut menumpaskan militan pro Negara Islam Syria dan Iraq (IS).

Mesyuarat sehari itu akan diadakan di Sulawesi Utara turut menghimpunkan enam negara lain termasuk Malaysia, Filipina dan New Zealand.

Menteri dijangka berbincang cabaran keganasan yang semakin merebak di rantau Asia Tenggara selain kebimbangan yang IS cuba mewujudkan kawasan pentadbiran di Filipina, di mana pasukan keselamatan sedang bertempur dengan militan yang berkubu di selatan negara itu.

“Saya berharap pertemuan ini akan menghasilkan keputusan yang memberangsangkan untuk kita bersama-sama menentang keganasan, terutama di Marawi, selatan Filipina,” kata ketua kementerian keselamatan Indonesia, Wiranto kepada wartawan Jumaat lalu.

Sebahagian negara di Asia Tenggara sudah lama bergelut dengan militan Islam, dan bertambah buruk apabila ratusan militan luar menyertai IS di Iraq dan Syria. – AFP, 29 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen