FACEBOOK menggantung lebih 400 daripada ribuan aplikasi yang telah diselidikinya untuk memastikan maklumat peribadi pengguna tidak dikongsi secara tidak wajar.
Aplikasi tersebut digantung atas faktor “kebimbangan dalam kalangan pembina aplikasi atau maklumat yang dipilih pengguna untuk dikongsi dengan aplikasi mungkin telah dipergunakan,” kata Naib Presiden perkongsian produk Ime Archibong menerusi hantaran di blog.
Archibong berkata, aplikasi yang digantung di rangkaian media sosial diperinci lebih teliti.
Unit aplikasi itu dilancarkan Facebook pada Mac ekoran timbul skandal privasi data Cambridge Analytica.
Facebook mengakui, Cambridge Analytica yang bekerja untuk kempen Presiden Donald Trump mungkin mencuri data sehingga 87 juta pengguna.
Menurut Archibong, aplikasi myPersonality diharamkan oleh rangkaian media sosial kerana tidak bersetuju dengan pengauditan dan dengan jelas telah mengongsi maklumat dengan para penyelidik serta syarikat yang tidak dilundungi sepenuhnya.
Facebook merancang untuk memaklumkan empat juta ahli rangkaian sosial yang berkongsi maklumat dengan myPersonality yang aktif sebelum 2012, katanya.
Sejak skandal Cambridge Analytica, Facebook telah mengubah suai dasar perkongsian data aplikasi. – AFP, 23 Ogos, 2018.
Komen