Taufan Cimaron menuju barat Jepun


Penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka yang rosak teruk akibat banjir yang melanda Jepun pada Julai lalu. – Gambar EPA, 23 Ogos, 2017.

TAUFAN kuat sedang menuju barat Jepun pada Khamis, dengan amaran hujan lebat dan tanah runtuh, termasuk di kawasan yang dilanda banjir pada bulan lalu.

Taufan Cimaron, dengan kekuatan angin ribut sehingga tahap maksimum 216 kilometer sejam, berada pada kira-kira 280 kilometer di tenggara pulau Goto pada 2300 GMT Rabu, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Taufan itu dijangka membadai lewat Khamis dan menuju utara hingga pagi Jumaat, membawa hujan dan angin, menurut amaran agensi itu.

“Sila terus berjaga-jaga terhadap kejadian tanah runtuh, banjir, air sungai melimpah dan gelombang air pasang,” kata agensi kaji cuaca itu.

Beberapa bahagian di tengah Jepun dijangka berlaku peningkatan paras air hujan hingga 800 milimeter (31 inci) dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari Jumaat, katanya.

Kawasan yang berisiko termasuk sebahagian negara yang masih pulih daripada banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan pada Julai yang mengorbankan lebih 200 nyawa.

Kehadiran Cimaron yang semakin hampir, yang namanya bermaksud lembu liar menurut Balai Cerap Hong Kong, datang selepas Taufan Soulik yang membawa hujan lebat ke bahagian utama pulau Kyushu selatan. – AFP, 23 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen