PIHAK berkuasa Israel pada Rabu meluluskan rancangan pembinaan lebih 1,000 rumah di Tebing Barat yang ditakluk, kata NGO Peace Now, dalam kelulusan terbaru yang mendatangkan kemelut sejak Presiden AS Donald Trump berkuasa.
Rancangan itu diluluskan Jawatankuasa Kementerian Pertahanan sedang dalam proses. Ia termasuklah pembinaan 370 unit rumah di penempatan Adam, kawasan tiga anggota tentera Israel ditikam oleh rakyat Palestin pada Julai membunuh salah seorang mereka.
Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman berjanji untuk membina 400 rumah baharu di penempatan itu susulan kejadian tikaman itu.
Menurut Peace Now, 96% rumah yang diluluskan “berada dalam penempatan terasing yang berkemungkinan besar perlu dikosongkan Israel dalam kerangka perjanjian dua negara.”
Penempatan Israel dianggap melanggar undang-undang antarabangsa dan halangan terbesar dalam proses damai kerana ia dibina atas tanah yang dituntut rakyat Palestin untuk negara mereka.
Wujud amaran yang pembinaan berterusan rumah dalam kawasan Gaza akan menghapuskan harapan kewujudan dua negara dalam konflik Israel Palestin.
Israel menolak hujah tersebut, sebaliknya menyalahkan rakyat Palestin kerana keganasan dan tindakan menjejaskan usaha damai.
Peace Now berkata rancangan penempatan Tebing Barat meningkat kepada 6,742 pada 2017 berbanding 2,629 pada 2016.
Rancangan terbaru itu akan meningkatan jumlah rumah kepada 3,794 tahun ini, kata NGO itu. – AFP, 22 Ogos, 2018.
Komen