Taufan Lane kategori 5 menuju Hawaii


Imej yang dikeluarkan oleh NASA. Taufan Lane membawa angin dengan kekuatan 260 km sejam. – Gambar EPA, 22 Ogos, 2018.

TAUFAN Lane kategori 5 menghampiri Hawaii, berpotensi menyebabkan hujan lebat, banjir kilat dan tanah runtuh, menurut peramal kaji cuaca.

Taufan Lane diramal akan bergerak menghampiri Pulau Besar Hawaii mulai Khamis hingga Sabtu, kata Pusat Taufan Pasifik Tengah yang berpangkalan di Honolulu.

Taufan itu membawa angin dengan kekuatan 260 km sejam.

Mulai malam Rabu, taufan itu diramal menurunkan 10 hingga 15 inci hujan.

Keadaan ini dijangka akan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh, kata pusat kaji cuaca itu. – AFP, 22 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen