Bekas ratu cantik Puerto Rico didakwa arah bunuh suami


SEORANG bekas ratu cantik Puerto Rico yang dituduh mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya yang merupakan seorang jutawan Kanada, dibicarakan di sebuah mahkamah di wilayah San Juan selepas beberapa tahun melarikan diri ke Eropah.

Pemilihan barisan juri bermula pada Selasa dan akan mengambil masa selama beberapa hari.

Aurea Vazquez Rijos dituduh mengupah pembunuh upahan, Alex Pabon Colon untuk membunuh suaminya, Adam Anhang Uster pada September 2005.

Motif pembunuhan adalah pewarisan harta melalui kematian Anghang, kata pendakwa.

Aurea telah menandatangani perjanjian pranuptial enam bulan sebelum mengarahkan Anghang dibunuh. Anghang adalah seorang pemaju hartanah di Puerto Rico.

Menurut doumen mahkamah, nilai aset Anghang ialah AS$24 juta.

“Tidak lama selepas berkahwin, Anhang Uster berhasrat untuk menceraikan tertuduh,” kata pendakwa.

Mengikut perjanjian antar tertuduh dan Anhang, dia akan menerima lebih banyak harta jika diceraikan.

Bekas ratu cantik itu didakwa mengajak Anhang ke Old San Juan untuk menikmati makan malam supaya memudahkan pembunuh upahan menjalankan “tugas”.

Pembunuh upahan tersebut kemudiannya mengaku membunuh Anhang pada 22 September 2005, ketika pasangan itu keluar dari restoran.

Dia juga memukul tertuduh supaya ia kelihatan seperti satu rompakan. Tertuduh melarikan diri ke Itali sebelum pihak pendakwaan mengeluarkan dakwaan pertama pada 2008.

Namun, tertuduh berjaya ditangkap si Speanyol pada 2013 dan diektradisi. Dia mengaku tidak bersalah. – AFP, 22 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen