PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump akan menandatangani rang undang-undang yang membolehkan sekatan ke atas Rusia dilakukan, kata White House semalam, memgakhiri khabar angin yang mengatakan dia akan membatalkan keputusan itu.
“Presiden Donald Trump membawa draf awal rang undang-undang itu dan berbincang mengenai aspek penting dalamnya,” kata jururcakap Sarah Huckabee Sanders dalam satu kenyataan.
“Dia kini sedang menyemak draf akhir dan selepas berbincang, dia berhasrat mahu menandatangani rang undang-undang itu,” katanya lagi. – AFP, 29 Julai, 2017.
Komen