BEKAS kapten England, David Beckham akan menerima Anugerah Presiden UEFA 2018 sebagai penghormatan ke atas pencapaiannya dalam bidang sukan dan kerja-kerja sukannya sejak bersara sebagai pemain, kata badan penyelia bola sepak Eropah itu.
Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu yang kini berusia 43 tahun akan menerima anugerah itu di Monaco tahun ini.
“Saya telah memilih David Beckham sebagai penerima anugerah tahun ini kerana beliau merupakan duta global untuk bola sepak, mempromosi sukan dan semua nilainya di seluruh pelusuk dunia,” kata Presiden UEFA Aleksander Caferin.
“Usaha kemanusiannya yang tidak kenal erti lelah telah membantu kehidupan ramai kanak-kanak seluruh dunia juga perlu diraikan. Beckham adalah ikon sejati bola sepak generasinya.”
Beckham menang Liga Juara bersama Manchester United pada 1999 dan bermain untuk Los Angeles Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-Germain selepas meninggalkan Real Madrid.
Beliau bersara pada 2013.
Anugerah Presiden UEFA tahun lepas diberikan kepada bintang Itali Francesco Totti. Pemenang lain anugerah itu termasuklah Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff. – AFP, 21 Ogos, 2018.
Komen