Gara-gara minta perlahankan azan, wanita dihukum penjara 18 bulan


Pemandangan di sebuah masjid dekat Surabaya. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2018.

SEORANG wanita warga Indonesia dihukum penjara selama 18 bulan hari ini kerana mengadu tidak tahan dengan pembesar suara di masjid yang dipasang terlalu kuat.

Meilinan, 44, seorang penganut agama Buddha berketurunan Cina, didapati bersalah menghina Islam selepas meminta sebuah masjid di kawasan kejiranannya supaya memperlahankan pembesar suara yang menurutnya terlalu kuat dan “menyakitkan” telinganya.

Mahkamah Daerah di Medan, ibu negeri Sumatera Utara, mendapati kenyataan wanita tersebut yang dikeluarkan pada dua tahun lalu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara itu yang bertindak membakar dan merosakkan kira-kira 14 tokong Buddha di Tanjung Balai pada Julai 2016.

Peguam kepada Meilinan berkata anak guamnya akan merayu keputusan tersebut.

Indonesia memiliki 260 juta penduduk dan hampir 90% daripadanya adalah beragama Islam. – AFP, 21 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen