Lelaki amuk cinta bunuh 6 orang di China


Lelaki dengan nama keluarga Huang berusia 54 tahun itu dikatakan mempunyai masalah perhubungan dan membuat keputusan menyerang teman wanita dan keluarganya di selatan China pada Isnin. – Gambar EPA, 21 Ogos, 2018.

ENAM orang terbunuh selepas seorang lelaki mengamuk di selatan China, menikam teman wanitanya dan saudara mara mangsa serta melanggar dan menyerang orang ramai.

Lelaki dengan nama keluarga Huang berusia 54 tahun itu dikatakan mempunyai masalah perhubungan dan membuat keputusan menyerang teman wanita dan keluarganya pada Isnin, kata polis Liuzhou dalam satu kenyataan.

Beliau menikam teman wanitanya dan saudara maranya di rumah mereka- membunuh empat orang- dan melarikan diri menggunakan SUV hitam.

“Ketika memandu di Jambatan Wenchang, (Huang) marah kerana jalan sesak dan melanggar orang ramai, membunuh dua orang dan mencederakan 12 yang lain,” kata kenyataan itu lagi.

Polis berkata Huang merempuh beberapa motosikal dan basikal, keluar dari keretanya dan menikam orang ramai sebelum ditahan.

Serangan menggunakan pisau sering berlaku di China.

Julai lalu, seorang lelaki yang menikam mati sembilan kanak-kanak dan mencederakan 11 yang lain di utara China dijatuhi hukuman mati. – AFP, 21 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen